
mustafahtalib
5 tahun
Jari tangan sakit dan kebas
Saya berumur 48 tahun. Dalam dua bulan ni saya terpaksa kerja berat potong kayu, angkat kayu dan membina rumah sebab rumah saya telah terbakar. Masalah saya, setiap kali Bangan pagi, semua jari tangan saya terasa sakit, susah diluruskan, macam mau jem dan terasa macam kebas. Tapi apabila saya bangun, berjalan dan lepas mandi, rasa sakit dijari saya pun hilang. Semakin hari semakin bertambah sakitnya sedikit demi sedikit. Mohon penjelasan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, antara perkara yang boleh menyebabkan gejala sakit dan kebas yang anda alami adalah:
- Carpal Tunnel Syndrome
- Komplikasi diabetes (neuropathy)
- Kecederaan saraf atau struktur lain pada tangan seperti otot dan tendon
- Aliran darah yang tersekat atau tidak lancar atas faktor-faktor tertentu
Seperti yang tuan yterangkan, kerja berat yang dilakukan dalam usha membina kembali rumah tersebut merupakan faktor risiko masalah seperti carpal tunnel syndrome dan kecederaan pada tangan anda. Namun begitu, sebelum kesimpulan boleh dibuat, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan agar diagnosis dapat dibuat dengan tepat. Sila rujuk ke klinik atau hospital atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.