Sulit
3 tahun
Kaki sembab hampir 2 minggu
saya berumur 18 dan saya mengalami kaki sembab hampir 2 minggu sehingga sekarang…saya telah melakukan pemeriksaan sbanyak 3 kali dan mendapati tidak ada sebarang masalah…walaubagaimanapun, sejak beberapa hari lalu saya mendapati berlaku perubahan warna hitam pada najis…adakah perubahan warna najis tersebut berkait dengan kaki sembab?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar dan najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Jika anda mengalami simptom berikut, anda hendaklah berjumpa dengan doktor:
- sesak nafas
- pening kepala
- pitam
- kelihatan pucat
Untuk makluman pihak anda, masalah kaki lebam yang anda hadapi boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- myositis ossificans (lebam yang menjadi keras dan ini memudaratkan anda kerana boleh mengganggu pergerakan kaki)
- hematoma (pendarahan yang telah membeku di dalam otot atau bahagian anggota yang tercedera
Berkenaan dengan simptom lain yang anda alami sejurus dengan najis berwarna hitam, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.