
Anonymous
6 tahun
Kegatalan pada Kemaluan
Saya wanita berumur 21 mengalami kegatalan pada kemaluan dan keputihan berwarna kuning dan baunya tidak nyaman

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kegatalan dan keputihan di kemaluan adalah masalah yang kerap berlaku dalam kalangan wanita.
Bagi wanita yang masih boleh mengandung, penyebab keputihan dan kegatalan yang paling kerap ialah jangkitan. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi jangkitan adalah penggunaan antibiotik, penukaran tahap pH vagina kerana darah haid, air mani, tahap kebersihan diri yang kurang memuaskan, pembilasan faraj (douching), kehamilan dan penyakit diabetes mellitus. Contoh jangkitan faraj adalah seperti:
- Vaginosis bakteria
- Vaginitis Candida
- Vaginitis trichomonas
- Kadangkala jangkitan lain seperti, gonorrhoea dan chlamydia boleh menyebabkan simptom-simptom yang anda alami. Badan-badan asing misalnya, tampon yang dilupakan juga boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan.
Bagi wanita yang mengalami menopaus, vaginitis atropik adalah punca biasa. Sebab lain yang luar biasa termasuk kanser faraj, kanser pangkal rahim dan kanser endometrium.
Bagi wanita semua peringkat umur, kegatalan dan keputihan mungkin disebabkan oleh reaksi hipersensitiviti kepada irritant seperti minyak wangi, tuala haid, sabun dobi, spermisida, krim vagina atau pelincir, kondom lateks, kontraseptif faraj dan diafragma.
Untuk nasihat mengenai rawatan lanjut, puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor dalam talian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih