freda0209

3 tahun

Kegunaan vecobal 500mcg tablet

Ibu saya telah menerima sekotak vecobal 500mcg dari ibu saudaranya setelah ubat itu berkesan untuk rawat sakit saraf. Saya difahamkan ubat itu diberi tanpa preskripsi doktor dan ibu saya pernah mengalami sakit saraf dari pinggang ke lutut yang menyebabkan dia sukar berjalan 2 bulan yang lalu. Ibu saya juga mengalami masalah jantung. Saya memerlukan nasihat doktor mengenai vecobal ini jika ibu saya boleh konsum ubat itu.

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, vecobal merupakan sejenis ubat yang mengandungi mecobalamin.

  • Metilkobalamin atau mecobalamin adalah nama saintifik untuk nutrien vitamin B12 .
  • Ia digunakan sebagai makanan tambahan dan juga untuk merawat mereka yang mengalami masalah sel darah merah kurang (anemia).
  • Ia diperlukan untuk fungsi tisu saraf, otak dan dalam penghasilan sel darah merah.
  • Vitamin B12 boleh larut dalam darah. Badan manusia boleh menyimpan vitamin B12 sehingga empat tahun.
  • Vitamin B12 berlebihan atau tidak diingini disingkirkan melalui air kencing.
    Vitamin B12 wujud secara semulajadi dalam produk daging dan hanya boleh dihasilkan melalui sintesis penapaian bakteria.

Sekiranya anda mengambil mecobalamin tanpa preskripsi, sila teliti arahan pada pakej produk sebelum mengambil tablet ini. Sekiranya anda mempunyai preskripsi untuk pengambilan ubat ini, sila ambil menurut arahan doktor.

  1. Tablet mecobalamin biasanya diambil sekali sehari dengan atau tanpa makanan atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau pada pakej produk. Untuk membantu anda ingat, ambil tablet ini pada waktu yang sama setiap hari.
  2. Jika anda mengambil ubat cecair, berhati-hati semasa mengukur dos dengan cara menggunakan peranti pengukur/sudu khas. Jangan guna sudu rumah kerana anda mungkin tidak mengukur dos yang betul. Sesetengah jenama cecair mungkin memerlukan anda menggoncang botol sebelum mengguna.
  3. Jika anda mengambil tablet jenis “sustained release”, jangan mengunyahnya. Jangan membelah tablet ini melainkan terdapat garisan skor dan doktor atau ahli farmasi mengatah anda untuk berbuat demikian. Anda harus menelan seluruh tablet.
  4. Jika anda mengambil tablet yang perlu dikunyah, kunyah ubat itu dengan teliti sebelum telan.
  5. Jika anda mengambil tablet yang cepat larut, larut dalam mulut dengan atau tanpa air seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau pakej produk.
  6. Vitamin C (asid askorbik) boleh mengurangkan penyerapan vitamin B12. Elakkan mengambil dos vitamin C dalam tempoh satu jam sebelum atau selepas mengambil produk ini.

Jika keadaan anda bertambah teruk atau jika anda mengalami kesan sampingan, dapatkan rawatan perubatan segera. Anda boleh mendapatkan penerangan lanjut daripada ahli farmasi atau doktor anda mengenai tablet mecobalamin. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)