
Sulit
5 tahun
Keluar air mani ketika tidur berkali-kali
Saya lelaki 22 tahun yang belum berkahwin semasa tidur waktu siang atau pun waktu malam.saya mengalami masalah keluarnya air mani.masalah ini kerap kali terjadi kadang-kadang tidak sampai sebulan.1 minggu pun pernah terjadi…saya tidak tahu apa yg sebenarnya terjadi dan tidak tahu untuk berjumpa doctor…saya tinggal di taiping perak…boleh kah doctor saran kan apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mani biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Akan tetapi, terdapat keadaan apabila air mani keluar tanpa sengaja. Pengeluaran mani tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal
- efek samping ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, kecederaan, dan jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.