
snazulkefli
4 tahun
Keluar darah coklat cair after habis period seminggu
saya wanita berumur 25 thun, sy period pada 10 may - 17 may. selepas seminggu . pd 25 may waktu mlm keluar darah coklat cair tapi tak byk bersama satu tompok darah merah cair. tapi bila sy basuh after that tak keluar sampai subuh . pd esoknya hari isnin . keluar jgak . tapi after blik kerja mandi . tak keluar langsung . hari selasa pada waktu pg sahaja. tgh hari sampai ke mlm tak keluar langsung . adakah itu period atau sebaliknya . mohon pencerahan. thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Beberapa cara untuk mengatasinya adalah:
- Buat ujian kehamilan jika mengesyaki hamil
- Jika masalah disertai gejala lain seperti senggugut keterlaluan, haid terlalu lama atau tidak datang haid sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.