
Sulit
3 tahun
Keluar darah / keputihan merah lebih daripada 2 minggu
Saya berusia 27 tahun, saya mengalami masalah period, hampir sebulan saya alami masalah darah keluar setitik-setitik di panties saya. saya tidak pasti sama ada period atau keputihan. Ianya terjadi selepas saya mengambil Vaksin sinovax suntikan pertama. Semasa suntikan saya baru alami period hari ke-2. Jadi masalahnya berpanjangan sehingga hari ini. setelah saya selesai suntikan ke 2, ianya tetap tiada perubahan.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan haid bertitik Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- pendarahan implantasi kehamilan
- sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- perimenopaus
Selain itu, jika anda risau pendarahan haid anda berkaitan dengan vaksinasi, ianya tidak semestinya berpunca dari vaksinasi tetapi anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.