
Sulit
5 tahun
Keluar darah selepas seks tapi tidak sakit
sy berumur 40thn dan mmpunyai 3 org ank.masalah sy ialah baru2 ini slpas sy melakukan hubungn bersama suami…keesokan harinya keluar sedikit darah tapi sy tidak berasa sakit ketika bersama.adakah saya risiko kanser?takut la sy doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbuhan polip
- Radang Vagina
- Vagina yang kering
- Radang Cervic
- Barah Cervic
Masalah ini juga boleh disebabkan masalah seperti ketumbuhan barah cervic atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- hilang berat badan
- haid berlebihan/tidak teratur
- sakit sewaktu melakukan hubungan intim
- sakit pinggang
- discaj dari kemaluan
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca masalah anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.