
mirrazaniwa
5 tahun
Keluar darah setelah ambil suntikan depo
Saya berusia 24tahun dan baru melahirkan anak pertama pada 10/4/19 secara csect. Pada 21/5, saya ambil suntikan depo untuk 3 bulan pertama. Namun pada 26/5, keluar darah seperti darah period dan masih keluar sehingga hari ini (31/5). Sebelum keluar darah, nifas saya sudah bertukar warna putih kekuningan selama seminggu. Adakah keluar darah ini disebabkan kesan sampingan pengambilan suntikan depo atau sebab yang lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang. Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.