
Anonymous
6 tahun
Keluar lelehan putih kekuningan pada zakar
Hai Doc…saya berumur 33thn,sudah berkahwin,saya hendak bertanya tentang lelehan putih kekuningan keluar dr zakar saya…sebelum ini saya terasa perit sedikit di bahagian saluran keluar air kencing.saya ingat kan tidak ade apa2…tapi selepas sehari saya bersetubuh dengan isteri saya dapati ade lelehan putih kekuningan keluar dr zakar saya…adakah saya mengalami penyakit sifilis??

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Terdapat banyak keadaan yang menyebabkan keluarnya nanah dari kemaluan lelaki. Namun begitu simtom ini bukanlah simtom yang biasa berlaku akibat jangkitan sifilis. Punca keluarnya nanah dari kemaluan lelaki terbahagi kepada dua iaitu disebabkan penyakit kelamin dan bukan disebabkan penyakit kelamin.
- Disebabkan oleh penyakit kelamin
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan gonorea
- Jangkitan mycoplasma genatilium
- Jangkitan ureaplasma
- Bukan disebabkan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pundi atau saluran kencing
Kami juga memerlukan latar belakang kesihatan anda seperti sebarang allergi yang dialami. Oleh itu, adalah disarankan untuk anda mendapatkan nasihat lanjut bagi mengatasi masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.