Sulit
4 tahun
Keluar lendir dan Ketulan darah keluar ketika kandungan 9 bulan
Hi doktor saya wanita berumur 26 thn dan sedang sarat mengandung anak pertama. Due date saya dijangka besalin 27 januari ni. Tetapi dari pagi tadi perut saya rasa memulas dan sakit sekejap2. Ada keluar lendir dan darah tadi pagi ketika saya kencing. Tetapi saya belum rasa sakit kontraksi yg betul2 sakit dan air ketuban belum keluar. Saya ingin tanya doktor ada kah saya menghampiri fasa untuk bersalin atau ini normal saja…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda dikehendaki untuk mendapatkan rawatan dengan segera bagi mengetahui samada pendarahan yang anda alami adalah selamat atau tanda kelahiran.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.