
Sulit
4 tahun
Keluarnya darah haid berwarna merah gelap/hitam ketika hampir tiba masa untuk haid
saya wanita berusia 21 tahun dan telah pun berkahwin.disini saya ingin bertanyakan tentang haid saya.Kalau diikutkan selang beberapa hari saya akan datang haid, tetapi 3 hari sebelum waktu saya datang haid,vagina saya telah mengeluarkan darah berwarna merah gelap/hitam dan bukan dalam bentuk haid.Ia juga berlaku dalam masa yang singkat.Saya juga berasa seperti ingin keluar darah haid tetapi ia tidak keluar .Jadi aadakah perkara seperti itu biasa terjadi sebelum datang haid ataupun itu petanda saya telah hamil.adakah itu petanda berlakunya implantasi doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan sedemikian, seperti:
- Pendarahan spotting
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan faktor lain yang tidak kami sebutkan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Selain itu, darah haid juga mempunyai warna yang berbeza dan ia boleh menjadi merah pekat sehingga ke coklat kehitaman. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Berkenaan kehamilan pula, sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak. Anda perlu membuat ujian kehamilan dan berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.