Sulit
3 tahun
Kemaluan bernanah dan kencing terasa pedih.saya ingin tahu apakah rawatan atau jenis ubatan
Saya lelaki berumur 25tahun. Kemaluan saya keluar nanah. Dah 3hari dan apakah cara ataupon ubatan untuk saya ambil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kemaluan yang bernanah. Masalah kemaluan bernanah ini lebih dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu:
- Jangkitan STI ( sexual transmitted infections )
- Jangkitan Syfilis yang menyebabkan Chancre
- Alahan kulit kelamin ( Contact dermatitis )
- Keradangan kulit ( Ekzema )
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis
- Chancroid yang disebabkan oleh STI.
- Jangkitan kuman pada salur kencing yang merebak pada alat kelamin
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan siasatan lanjut mengenai kesihatan anda bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.