Sulit
3 tahun
Kemaluan keluar cecair nanah
saya lelaki 30an…kemaluan saya mengeluarkan cecair seperti nanah.
pkp baru2 ini menyebabkan sy terlalu kerap beronani…adakah onani yg terlalu kerap menjadikan anu sy luka didalam dan bernanah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah nanah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Apa yang boleh dilakukan untuk untuk mengelakkan penyakit ini adalah :
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
Secara amnya, onani tidak menyebabkan luka dalaman. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.