
Anonymous
6 tahun
Kencing berdarah Dan keputihan berwarna coklat
Saya berumar awal 40an. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 org anak. Pada umur saya lebih kurang 38 tahun period Saya tidal teratur. Ada kala mengalami mendarahan yg banyak darah berketul2 Dan berpanjangan sehingga lebih 2 minggu, adakala pendarah yang sedikit hanya berwarna coklat. Days juga mengalami keputihan yg teruk sehinggakan berbau. Tetapi setelah membuat pemeriksaan di hospital, doctor hanya memberitahu Saya mengalami jangkitan kuman.
Tetapi sejak 1 bulan ini kencing Saya berdarah seakan selaput nipis dan keputihan Saya berwarna coklat serta berbau. Saya ingatkan period tetapi tidak mengalami pendarah yg banyak hanya keputihan berwarna coklat sahaja.
Apakah yang perlu Saya buat doctor.
Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Keputihan yang tidak berbau selalunya adalah normal. Namun begitu jika ia berbau dan menyebabkan kegatalan, ia boleh disebabkan oleh masalah seperti jangkitan. Antara penyebab masalah keputihan yang tidak normal adalah:
- Jangkitan Kulat
- Jangkitan Chlamydia atau Gonorrea
- Bakteria Vaginosis
- Radang pada faraj
- Wanita yang menghidap diabetes juga boleh mengalami keputihan lebih banyak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!