
tembamtembam_t
5 tahun
Kencing dijangkiti kuman
Hari khamis lepas sy telah diserang demam panas dan mengigil secara tiba2. Namun demam itu berhenti selepas sy mandi dan makan panadol. Kemudian dalam jangka masa tertentu sekali lg demam mengigil itu datang lg. Sy amik keputusan untuk ke klinik. Dan doc telah minta sy buat ujian air kencing. Hasil ujian tersebut, air kencing sy telah dijangkiti kuman. Warna pd test kit ialah keunguan. Kemudian doc telah memberi sy 2jenis antibiotik dan 4jnis ubat yg lain.
Selepas sehari, sy dapati demam mengigil sy msh ada. Sy ambil keputusan untuk ke hosp. Darah sy d ambil dan hasilnya terdapat jangkitan kuman dalam darah saya. Doc hosp tu bgtau, kuman tidak banyak dan apa yang perlu sy lakukan habiskn antibiotik yg diberi oleh klinik dan semua akn ok.
Masalah sy skrg, mcmn sy bole tau bahawa darah sy bebas kuman selepas antibiotik itu habis sy makan?
Adakah ujian darah di mana2 klinik atau agensi perubatan yg lain yg boleh sy lakukan ujian darah hanya untuk mengetahui bhw darah sy bebas kuman?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda ingin mengetahui status darah anda bebas kuman adalah dengan melakukan ujian darah. Namun anda perlu ikuti nasihat doktor untuk mengambil antibiotik yang diberikan kerana durasi yang diberikan adalah pada kebiasaannya mencukupi untuk melawan bakteria penyebab masalah demam dan kencing anda. Antara tanda-tanda darah anda tiada kuman lagi adalah, hilang demam walaupun tanpa ubat paracetamol (panadol), tidak menggigil lagi, tiada masalah kencing dan cergas seperti biasa. Sekiranya badan anda mempunyai tanda-tanda sihat seperti yang disebutkan anda tidak perlu untuk membuat ujian darah lagi.
Namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.