
Anonymous
6 tahun
Kencing kuman Untuk golongan wanita yang sudah berkahwin ke?
Kawan saya cakap “kau belum berkahwin pun sudah kena kencing kuman” , Kencing kuman untuk golongan wanita yang sudah berkahwin ke??

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluamn anda, jangkitan pada saluran kencing atau kencing berkuman boleh dihadapi oleh mana-mana golongan tidak kira sudah berkahwin atau tidak. Antara faktor jangkitan kencing adalah
- Kurang minum air
- Kurang menjaga kebersihan kelamin
- Mengelap kemaluan dari belakang ke hadapan menyebabkan kuman dari dubur berpindah ke saluran kencing
- Golongan wanita lebih berisiko untuk menghidap masalah ini berbanding lelaki
Jadi anda tidak perlu risau tentang tanggapan tersebut kerana ianya tidak semestinya khusus berlaku kepada mereka yang sudah berkahwin sahaja.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!