
Sulit
5 tahun
Kencing manis dan ereksi
ada tak rawatan utk ereksi dan memulihkan kencing manis

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kencing manis tidak boleh dipulih melainkan anda mengalami pra- diabetis. Jika doktor anda telah mendiagnoskan anda sebagai pesakit kencing manis, anda perlu mengikuti arahan doktor dengan sepenuhnya untuk mengelakkan komplikasi. Anda perlu menjaga diet dengan penuh teliti dan memastikan pengambilan ubat kencing manis pada tepat waktu.
Masalah ereksi anda kemungkinan disebabkan oleh komplikasi kencing manis. Namun bagitu, masalah ereksi anda memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan jenis disfungsi seksual sebelum rawatan ubat diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.