Sulit
2 tahun
Kepala ditekan dan mata sakit setiap kali bangun tidur
Hi doc, saya perempuan berumur 21 tahun, setiap kali bangun dari tidur, saya sering alami sakit ditekan di bahagian mata, di tepi kepala dan kadangkala di bahagian hidung. Saya tak boleh tunduk, geleng kepala untuk masa yang lama ( take time 1-2 jam ). Apa punca nya doc? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang sinus
- kurang kandungan darah merah
- tekanan darah tinggi
- obstructive sleep apnea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.