
Sulit
4 tahun
Kepala menekan dan sakit telinga
Kepala belah kanan rasa menekan apabila bergerak atau pun tunduk dan rasa pedih sehingga di hidung apabila tunduk.
Kedua2 telinga kadang2 berdenyut.
Suhu naik turun

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala kepala terasa tekan apabila bergerak, sakit telinga berdenyut dan suhu badan menurun. Kondisi berikut boleh menjadi satu sakit yang berkaitan ataupun tidak. Terdapat beberapa klarifikasi berkenaan dengan simptom anda yang perlu untuk dilakukan sebelum mencapai kepada konklusi.
Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula
- benign positional paroxysmal vertigo
- jangkitan telinga
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Buat masa sekarang pastikan bahawa anda mengamalkan langkah berikut:
- Hindarkan diri daripada aktiviti yang menyebabkan kepala anda sakit
- Ambil rehat dan tidur yang secukupnya
- Minum air secukupnya
Jika sakit ini masih berterusan atau bertambah teruk, sila pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat.
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama dan kerap kali, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.