
Sulit
3 tahun
Kepala terasa terlalu ringan, pening dan pusing
Hai… Sya mengalami keadaan di atas sejak tahun lepas… Sya merasa kepeningan dan lightheadedness setiap hari… Sya suda berjumpa dengan 9 org doktor tetapi masalah sya tetap sama. Suda berkali kali buat ujian darah, ECG dan berjumpa dengan pakar ENT tapi x ada penyelesaian… Apa perlu sya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia (kurang darah merah)
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia
- Masalah psikologi: Keresahan ( anxiety) , kemurungan ( depression ), stres
- Meniere disease
- Benign paroxysmal positional vertigo
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.