
Sulit
5 tahun
Keputihan Coklat Ketika Kencing
Saya wanita yg da berkahwin. Sabtu lps sy ada buat vaginal scan. Dan ahad hingga hari ni(rabu ) ada keluar keputihan coklat ketika saya kencing… Maksudnya da masuk 4 hari.Adakah itu kesan dari buat vaginal scan ataupun saya otw period ataupun saya mengandung? Tq docter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak kami tidak dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh pihak puan kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih