Sulit
3 tahun
Keputusan ‘allergy test’
Saya seorang wanita berumur 21 tahun. Saya telah menjalani allergy test minggu lepas dan telah menerima keputusan bagi ujian tersebut. Berdasarkan keputusan tersebut, saya tidak mempunyai sebarang alergik namun allergen Total IgE saya very positive (class 3). Apakah maksud Total IgE tersebut?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
IgE atau nama panjangnya Imunoglobulin E merupakan sejenis antibodi yang dibuat oleh sistem imun tubuh untuk melindungi patogen (bakteria & virus) dan alergen. Untuk individu yang normal, kadar IgE kebiasaanya adalah rendah. Namun sekiranya kadar IgE meningkat atau melebihi paras normal, ia menandakan bahawa sistem imun tubuh individu tersebut akan bereaksi dengan kadar yang berlebihan terhadap alergen mahupun patogen. Reaksi yang berlebihan ini juga dinamakan Hypersensitivity Type 1.
Penyakit atau gangguan yang sering didapatkan dari Hypersensitivity Type 1 ini termasuk, asma, alergi ubat, alergi makanan, hay fever, dll.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.