
Anonymous
4 tahun
Keraguan tentang penyakit siflis
Saya belom berkahwin tetapi pernah berhubungan sex dengan seseorang, selepas beberapa bulan sy dapati ade ruam pada celah peha saya, selepas beberapa minggu hilang ruam tersebut, tetapi ade bintik bulat kelihatan pada kemaluan saya macam jerawat, lame kelamaan bintik lain timbul kemerahan adakah ini pasti sy alamai siflis…sy risau dan malu untuk pergi ke hospital takut terjumpa dengan orang2 yang sy kenal, binggun sy pikirkan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit jangkitan seksual atau Seksual transmitted disease (STD) yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum.
Terdapat beberapa tanda atau simptom sifilis, dan ia bergantung kepada peringkat sifilis iaitu;
- Primary – benjolan kecil yang tidak sakit boleh dilihat di kawasan kemaluan, dan bahagian punggung.
- Secondary –ruam merah yang tidak gatal, demam, kelenjar bengkak, sakit tekak, gugur rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot, dan keletihan
- Latent – Peringkat di mana terdapat bakteria dalam sistem badan tetapi dalam kuantiti yang sikit dan tidak menimbulkan sebarang simptom. Tempoh peringkat ini boleh mencecah bertahun lamanya.
- Tertiary – peringkat ini ketika bakteria telah merosakkan organ badan dan tidak boleh diubat.
Antara organ terlibat ialah jantung, saluran darah, saraf dan otak. Ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Namun tidak ramai akan menghidap sifilis hingga ke peringkat ini.
Selain daripada menjauhkan diri dari aktiviti yang berisiko dan menggunakan kondom, sifilis boleh dirawat dengan ubat. Antaranya ialah suntikan antibiotik iaitu suntikan penicillin. Pasangan pesakit juga memerlukan ujian saringan walaupun tidak mengalami sebarang simptom. Aktiviti seksual perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga kedua-dua pasangan sembuh dan bebas dari sifilis.
Anda boleh mendapatkan pengesahan lanjut dengan doktor kami di talian. Ubat juga boleh terus dihantar ke alamat atas persetujuan doktor dan pesakit. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih