
Sulit
4 tahun
Kerap buang air kecil dan besar selepas amalkan vitamin c 1000mg plus zinc
Hai doktor.saya perempuan berumur 24 tahun.sebelum ni saya amalkan vitamin c 1000mg yang jenis pil.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Antara kesan sampingan produk yang anda nyatakan adalah:
- Peningkatan untuk kencing
- Cirit birit
- Sukar untuk tidur
- Mudah mengantuk
- Sakit kepala
- Pedih ulu hati
- Kurang bertenaga
- Loya
- Kekejangan perut
- Muntah
Masalah anda kemungkinan boleh terjadi disebabkan kesan sampingan produk yang anda ambil. Oleh itu, saya sarankan anda untuk berhenti mengambil untuk sementara waktu dan memantau gejala anda. Jika perkara ini berlarutan saya nasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan untuk mengenal pasti punca masalah ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.