
Sulit
5 tahun
Kerap kencing dan kencing tidak tos
saya lelaki dalam 24tahun mengalami masalah kerap membuang air dan akan bangun malam untuk membuang air. dalam masa pingang belah kanan rasa kurang selesa saya membuat pergerakkan

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah kencing manis
- Batu pada saluran kencing
- Masalah pada buah pinggang (keradangan, batu, jangkitan, ketumbuhan dan sebagainya)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.