
Anonymous
5 tahun
Kerap kencing dan tidak selesa di bahagian bawah selepas kencing
Hi doctor saya aisyah. Dah seminggu saya rasa tidak selesa di bahagian bawah selepas saya buang air kecil. Dan sekarang saya kerap kencing dari biasa. Boleh saya tahu cara mengatasi masalah ni atau apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara kondisi yang boleh menyebabkan kencing sakit adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Benign prostatic hyperplasia (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Yang sebaiknya anda lakukan adalah mendapatkan rujukan doktor supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang sesuai, tes yang terkait serta rawatan yang tepat. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih