Sulit
2 tahun
Kerap mengantuk sejak akhir ni
hai doktor. selamat petang. saya wanita penuntut university, saya kerap mengantuk lately. kenapa ya doctor? tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui maklumat yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kerap mengantuk. Kami memahami kegusaran yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, masalah yang sedang anda hadapi boleh disebabkan:
- kurang rehat atau tidur
- Gangguan stress dan emosi
- keletihan yang melampau ( extreme fatigue )
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Kemurungan, keresahan, penyakit bipolar
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Hipotiroid
- Obstructive sleep apnea
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih