Sulit
3 tahun
Kerap Muntah Selepas Makan sehingga sakit tekak dan hilang suara
Saya wanita berumur 23 tahun mempunyai masalah berat badan yang berlebihan . Banyak kali juga saya cuba untuk turunkan berat badan . Tapi saya mempunyai masalah dimana selepas saya makan , saya akan rasa yang saya dah makan banyak dan saya akan cuba muntahkan balik makanan tu , dan ini menyebabkan ada mcm kahak berdarah selepas muntah kadang² saya boleh hilang suara tapi tak lama pun benda tu berlaku . Apa yang perlu saya lakukan ya sebab setiap kali saya makan saya akan rasa macam tu .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah pemakanan: Bulimia nervosa
- Stres atau tertekan
- Refluks asid atau GERD
- Radang pankreas (pancreatitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda mengalami masalah ini buat masa yang lama, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.