Sulit
3 tahun
Kerongkong terasa perit
Saya dah sebulan rasa sakit di bahagian tekak…Terasa kering dan perit… Saya alami tonsil dan telah sembuh… Selepas tonsils sembuh… Sakit tekak saya masih tidak hilang… Berkemungkinan dengkuran dalam tidur yang membuatkan tekak semakin perit.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Sebarang masalah pada tekak boleh menyebabkan kesakitan rujukan (referred pain) pada telinga dan gusi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.