
Sulit
5 tahun
Kesan antibiotik atau simptom covid19
salam,saya mengalami batuk yg tidak terlalu kerap
saya juga mengalami mual dan cirit birit,adakah
ia merupakan kesan pengambilan antibiotik atau
simptom covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan antibiotik boleh menyebabkan cirit-birit. Oleh itu, simptom anda berkemungkinan besar disebabkan oleh antibiotik sekiranya ianya datang setelah anda memulakan pengambilan antibiotik anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.