
jackielin044
3 tahun
Kesan jangka panjang selepas sembuh dari Covid-19
Pesakit yang sembuh dari Covid-19, separuh daripada paru-parunya tidak boleh berfungsi dengan baik, adakah ini benar? Dan says nak tahu jika seseorang itu sudah lengkap 2 dos vaksin, dan telah kena Covid-19, adakah dia akan mengalami kesan jangka panjang (paru-paru tidak berfungsi dengan baik) apabila dia sembuh nanti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Namun ini tidak bermakna paru-paru tidak boleh berfungsi dan sembuh selepas itu, cuma penyembuhan ambil masa dan jangkanya berbeza untuk setiap individu, mungkin berkaitan dengan sistem imun seseorang.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini