
Sulit
3 tahun
Kesan lebam selepas suntikan sinovac
Suami sy br complete mnerima 2 suntikan sinovac 5hari yg lps.ttapi trdapat 3-4 tanda lebam sebesar cap jari.adakah iti simptom biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Kesan sampingan ini mungkin atau mungkin tidak akan dialami oleh anda setelah menerima vaksin tersebut. Selepas mendapat suntikan, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk kesan sampingan. Walaupun begitu, sekiranya anda mengalami kesan sampingan di luar (terutama reaksi alahan), anda dikehendaki untuk pergi ke hospital berhampiran dengan segera untuk rawatan segera.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini