riniarinisarini
4 tahun
Kesan suntikan depo dan ingin hamil
salam…saya rini …saya ambik hampir anak saya 2tahun saya behentim ambik pada oktober 2017…sampai sekarang period saya tidak stabil…dan saya ingin hamil lagi ape yang patt saya buat doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda kesan suntikan depo memerlukan sehingga setahun untuk tubuh anda pulih kepada kesuburan asal. Antara sebab lain haid tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca haid tidak teratur dan bagaimana untuk merancang kehamilan seterusnya, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.