
mirrazaniwa
5 tahun
Kesan suntikan depo?
Saya berusia 24tahun dan baru melahirkan anak pertama pada 10/4/19. Pada 21/5, saya ambil suntikan depo. Namun pada 26/5, keluar darah seperti darah period dan masih keluar sehingga hari ini (31/5). Sebelum keluar darah, nifas saya sudah bertukar warna putih kekuningan selama seminggu. Adakah keluar darah ini disebabkan kesan sampingan pengambilan suntikan depo?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.