Sulit
3 tahun
Kesejukkan badan adakah gejala covid 19
Hi doktor…saya nak tanya adakah kesejukkan adalah gejala covid 19…saya tidak punyai batuk dan selsema…hanya badan terasa sejok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala COVID-19 yang lebih lazim ialah:
- Demam
- Batuk kering
- Keletihan
Simptom-simptom lain yang kurang lazim ialah:
- Sakit sendi dan otot
- Sakit tekak
- Cirit-birit
- Radang konjunctiva
- Sakit kepala
- Kehilangan deria bau
- Ruam di kulit
Simptom serius pula ialah:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Tidak dapat bergerak atau bercakap
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini