Sulit
4 tahun
Kesuburan selepas berhenti ambik depo
Sy ibu berumur 28thn…Sy telah bhenti ambik depo last bulan Mei 2019…bilakah Sy boleh haid balik Dan Sy nak hamil lagi.tempoh untuk normalkan haid brpa lama? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid anda seharusnya akan datang dalam masa beberapa hari selepas suntikan ini tamat. Bagi kehamilan, kebiasaannya ia boleh dicapai setelah anda berhenti menggunakan suntikan. Namun, perkara ini bergantung pada individu kerana terdapat segelintir wanita yang mengambil masa untuk hamil kerana hormon suntikan memakan masa untuk dikeluakan dari badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.