
Sulit
4 tahun
Kesuburan wanita selepas mengambil perancang depo
sy wanita berumur 25tahun. sy telah berhenti mengambil perancang depo suda hampir 3bulan dari 13march dan sy telah mengantikan prancang kluarga sy yg skg adalah kondom dan telah pun bsama, adakah sy akan mengandung jika air mani tsebut telah kluar dri kondom tsebut? dalam kdaan yg sama sy masi lg mgalami period selepas bhenti mgambil perancang depo.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya kondom bocor, maka kemungkinan untuk hamil memang masih ada. Peratusan untuk seseorang hamil sekiranya menggunakan kondom ialah 15% kerana penggunaan yang tidak sempurna. Anda boleh mengambil ujian kehamilan air kencing 2 minggu setelah haid lewat. Kitaran haid anda akan kembali seperti biasa setelah berhenti menggunakan suntikan perancang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.