Sulit
2 tahun
Kesukaran utk tidur, terjaga sakit dada mata kabur lemah belah kiri
Skrg sy kerap rasa lemah tgn kiri kemudian sakit bahagian Tengkuk. Rasa kebas belah kiri. Bila nak tu dir rasa tersebtap jantung berdegup laju. Hari gelisah. Perlu ke saya ke klinik dgn segera?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham bahawa masalah tidur yang dialami oleh anda mengganggu anda dari pelbagai aspek dan menyebabkan gejala. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Kekurangan rehat
- Mengalami masalah keresahan (anxiety)
- Posisi tidur yang tidak selesa
- Tekanan darah tinggi
Disebabkan anda mempunyai gejala dan perkara ini kerap mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.