Sulit
2 tahun
Kesulitan tidur pada waktu malam
Saya lelaki berumur 23tahun mengalami tekak terasa sempit atau pernafasan yang pendek ketika mahu masuk tidur.Saya tak tahu adakah ini normal dan apakah rawatan yang perlu saya ambil untuk memulihkan masalah saya ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit gangguan tidur (OSA)
- Amandel bengkak
- Penyakit pada tekak
- Penyakit pada sistem penafasan
- Jangkitan pada sistem penafasan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.