Sulit
3 tahun
Ketidakselesaan perut
Salam sejahtera Dr. Sy berumur 26 tahun dan ada gastrik sejak 15 tahun. Namun baru baru ini sekitar tahun lepas, keadaan saya semakin teruk. Sy sering mual, pening, dan rasa kembung perut. Tiada muntah hanya mual dan oening berserta lemah badan. Saya makan ubat gastrik seperti pantoprazole dan membaik sebelum diserang lagi. Dan keadaan ini berulang dgn sangat kerap sekarang. Sekitar dua bulan sekali mesti jadi lagi, Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
Radang usus
GERD
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.