Sulit
3 tahun
Ketuat berdarah dan dah 5 bulan berada di jari
selamat sejahtera doctor .saya ingin bertanya soalan .saya ade ketuat di jri dah 5 bln . tp mse 3 bln .sy dh g hospital opret buang tp skrg dy tmbuh lg.sy cuba guna corn caps .tp dh hbes pkai .lbih 10 hri dah .tp xtrcabut tp bleeding …mcm mna cra bgi sy sembuh kn ketuat ni ?? .sy dahh xlrat nk hadap bleeding ni doc
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ketuat boleh sembuh sendiri, dan selalunya akan hilang selepas berbulan atau setahun.
Sesetengah ketuat agak susah untuk dirawat dan adakalanya setelah dirawat, ketuat masih boleh berulang lagi. Contoh-contoh rawatan ketuat termasuk:
- Asid salisilik
- Cryotherapy
- Rawatan-rawatan lain: Gel formaldehyde, gultaraldehyde, nitrate perak, dithranol, podophyllotoxin, asid trichloroacetic dan suntikan bleomycin.
- Pembedahan boleh dilakukan sekiranya rawatan topikal tidak berjaya.
Anda boleh cuba merawat ketuat anda menggunakan ubat farmasi tetapi rujuklah kepada doktor anda sekiranya anda:
- Mempunyai ketuat yang berdarah, menyakitkan, berubah rupa atau mengganggu aktiviti harian anda
- Cuba merawat ketuat sendiri tetapi ia berterusan dan mula menyebar
- Mempunyai kencing manis dan kebas di kaki anda
- Mempunyai sistem imun yang lemah kerana pengambilan ubat imunosupresi, AIDS atau penyakit imunosupresif
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.