Sulit
4 tahun
Ketuat (genital warts)
Hai saya nak tanya dekat area private part saya ada ketuat yang bentuk daging kemerahan. Saya belum lagi berkahwin dan sudah mengambil dos hpv. Soalan saya selamat ke kalau saya tak buang ketuat dan melakukan hubungan selepas berkahwin nanti.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penjelasan anda tentang sifat ketumbuhan itu, kemungkinan besar ia bukan ketuat. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor agar ciri dan sifat daging tersebut dapat dilihat dan ditentukan penyakit yang berkaitan serta pengubatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk merujuk doktor, silakan klik link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.