Sulit
2 tahun
Ketulan dalam hidung
Hi doktor, saya wanita umur 20an.
Saya perasan ada ketulan kat hidung kanan saya yang hampir nak menutup lubang hidung belah kanan dan ketulan yang nak membesar kat lubang hidung kiri, Psoalan saya adakah normal atau saya perlukan rawatan lanjut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda, ketulan dekat hidung boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya polip hidung, pembesaran adenoid, radang resdung, septum menyeleweng atau ketumbuhan lain. Ketulan hidung tidak semestinya merbahaya, namun ia tidak normal juga.
Sebaiknya anda merujukkan perkara ini kepada doktor untuk menjalani sebarang pemeriksa dan penyelidikan lanjut untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Kemudian, penjelasan serta rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.