amirulhazim260
4 tahun
Ketulan di bahagian bawah tulang rusuk kiri
Saya lelaki berumur 26 tahun… saya agak aktif bersukan.sejak sebulan yang lalu,saya mendapati terdapat ketulan dibawah tulang rusuk kiri.saya tak pasti apakah ketulan itu. Ketulan itu boleh dirasai bila saya mengereng ke kiri dan menekan ditempat tersebut. Ketulan itu tak sakit. Jadi saya agak bimbang tentang hal tersebut.adakah ini sesuatu yang serius atau hanya berkaitan dengan tisu otot? Hal ini sebenarnya tidak mengganggu selera makan saya dan aktiviti saya. Cuma Sejak mengetahui hal ini. Saya sering merasa sangat bimbang. Mohon pencerahan daripada doctor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- penyakit keradangan pelvik
- limfadenitis
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.