Sulit
3 tahun
Ketulan kecil pada vagina
Salam. Saya berumur 27tahun dan sudah berkahwin. Baru baru ini saya mendapati terdapat dua ketulan kecil bersaiz seperti biji kolestrol pada bahagian Labium Minus. Ketulan tersebut tidak gatal atau sakit namun saya bimbang dan tidak tahu mahu rujuk di mana. Harap doktor dapat bantu saya.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan mengenai gejala ini walaupun anda tidak mengalami kesakitan yang teruk. Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana kami memerlukan informasi lanjut untuk mengenalpasti dengan tepat.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan ketulan kecil pada bahagian labia seperti:
- Ketumbuhan sista vulva Bartholin (Bartholin’s Cyst)
- Ketumbuhan sista vagina
- Kutilan kelamin (HPV)
- Jerawat kulit
- Fordyce spots
- Jangkitan Herpes simplex virus
Jika ketulan itu menjadi sakit atau bernana serta keadaan anda secara kesuluruhan merosot, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini lebih lanjut kepada doktor yang berdekatan dengan kadar yang segera. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.