
mimiazmi.05
2 tahun
Ketumbit yang mula tumbuh
Saya berumur 14 tahun, saya mengalami ketumbit yang mula tumbuh. Macam mana nak hilangkan ketumbit itu? Boleh tak kalau saya menggunakan bawang putih dan letak di mata?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah ketumbit anda, saya sarankan agar anda merujuknya kepada doktor untuk rawatan sesuai. Hal ini kerana walaupun bawang putih mungkin merupakan petua yang telah lama diturunkan, namun keberkesanan rawatan ini tidak pernah dikaji secara mendalam, malah pengendaliannya di rumah mungkin boleh menyebabkan masalah ketumbit anda lebih teruk akibat faktor alatan yang tidak sterile dan lain-lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!