Sulit
3 tahun
Kitaran haid yang tidak teratur selama beberapa tahun
Hi doctor,saya ada masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak form3(2016) dan kini saya berumur 19 tahun. Sejak 2016 saya period hanya 3/4 kali sahaja dan tahun ni 2020 saya hanya period 2 kali sahaja
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya kami tentang soalan yang berunsur peribadi dan sensitif ini. Oleh itu, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan fakta yang sahih dan tepat.
Anda telah mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur sejak 4 tahun lalu dan untuk tahun ini sahaja anda mengalami haid sebanyak dua kali sahaja. Hal ini pasti merunsingkan anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!