Sulit
3 tahun
Kulit gatal naik tompok2 merah dan bengkak
Ank sya brumur 2thn10bln,naik tmpok-tmpok merah di kaki lalu sakit dan ada yg bngkak2…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu masalah kulit pada kaki. Untuk makluman anda, masalah kulit dengan tompok merah pada kanak-kanak dapat disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- ekzema
- biang peluh
- eritema toxicum
- folikulitis
- campak
- scabies
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Berdasarkan keterangan anda, memandangkan gejala ini menyebabkan kesakitan, anda disarankan untuk membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan fizikal sekaligus mendapatkan rawatan yang tepat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih