
nurnadiana77
4 tahun
Kulit rambut dijangkiti kulat
Saya Husin berumur 34tahun. Saya mempunyai masalah dimana kulit kepala saya mengalami jangkitan kulat. Keadaan kulit kepala saya akan lebih teruk jika saya berpeluh atau kering. Saya sudah pergi klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor sahkan saya terkena jangkitan kulat dan saya diberi ubat seperti syampoo dan ubat sembur. Tetapi jika saya berhenti pegunaannya sakit saya datang semula. Persoalannya bagaimana saya nak atasi perkara ni tanpa perlu bergantung kepada ubat. Saya sangat tertekan dengan masalah ni. Sebab ia sangat menganggu harian saya. Saya ingin minta pandangan Doktor apa yang patut saya lakukan. Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jangkitan kulat sememangnya mengambil masa yang sedikit lama untuk pulih. Anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat dan shampu yang disyorkan disamping menjaga rambut agar tidak terlalu kering. Anda juga disarankan untuk tidak menggaru dengan kerap kepala anda dan menukar selalu sarung bantal tidur anda. Jika masalah ini berterusan, anda boleh mendapatkan nasihat pakar kulit untuk penukaran ubat yang lebih sesuai. Sekian